Mencari Cinta Sejati

Oktober 16, 2006

Naluri ingin berpasangan

Filed under: Berpasangan — epicyan @ 3:00 am

sesame_love_lg2.jpg

Assalamualaikum.

Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan. Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.

Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.

Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut? Cinta sejati hadir tanpa disedari.

Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut? Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.

Bagaimana atau apakah langkah terbaik untuk memulakan perkenalan? Kita simpan soalan ini untuk dijadikan topik perbincangan pada esok hari.

Walau kail panjang sejengkal, cubalah juga mengail. Untung-untung ada ikan termakan umpan.

21 Komen »

  1. wah…
    semakin jiwang nampaknya…hehehe

    Komen oleh suzi — Oktober 16, 2006 @ 3:06 am

  2. Untung-untung ada ikan..

    Abang.. nie blog u memancing atau u mencari cinta.. ape kene mengena antara ikan ngan cinta??

    Abg nie dah khawin ke belum??

    Komen oleh nurul — Oktober 16, 2006 @ 3:11 am

  3. abg blom kawen….

    Komen oleh nik — Oktober 16, 2006 @ 3:14 am

  4. Cinta Hakiki

    Telah lama cinta terbiar
    Dari cinta yang suci
    Telah lama cinta tersasar
    Dari cinta hakiki

    Kerna sekian lamanya
    Manusia dibuai cinta nafsu
    Kita sering menyangka
    Cinta manusia itu yang sejati

    Namun lupakah kita
    Cinta nafsu selalu mengecewakan
    Sering berubah tidak menentu
    Seperti pantai dipukul ombak

    Cintakan Allah cinta sebenarnya
    Itulah cinta yang sejati
    Kasihlah sesama manusia
    Kerna cinta yang hakiki
    Hanya untuk Tuhan Yang Esa

    Cintakan Allah tiada kecewa
    Engkaukan tenang di waktu susah
    Kembalilah kepada Tuhan
    Dia kan tetap menanti

    Kehadiran hambaNya
    Yang sebenar pasrah
    Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

    Komen oleh Ah Beng — Oktober 16, 2006 @ 3:17 am

  5. xsabo nk tggu topik esok ari nih..hehehe
    cayalah mat det… (-_-)\/

    Komen oleh dila — Oktober 16, 2006 @ 4:00 am

  6. Aku hanya seorang suami
    yang menerima setulus hati seorang isteri.
    Janji yang termeterai
    di akad nikah kita musim yang lalu.
    Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
    Bersamalah kita harungi derita yang datang.
    Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
    Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
    Biar kita rasa: rupanya syurga itu
    sangat tinggi maharnya.

    Isteri…
    tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
    Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
    Terimalah kehadiranku
    di sudut tersuci di dalam hatimu…..seorang isteri.

    Komen oleh Taman Inderaloka — Oktober 16, 2006 @ 7:10 am

  7. Kemampuan ekonomi syarat berkahwin

    SAYA seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertunang dengan pilihan hati, juga seorang pelajar, dua bulan lalu. Sebenarnya pada peringkat awal, kami memohon izin daripada ibu bapa untuk terus bernikah supaya perhubungan kami sah di sisi syarak. Keadaan ini kerana kami telah berkenalan selama empat tahun. Namun, ibu bapa menghalang hasrat murni itu.

    Saya cuba memujuk ibu dan ayah, tetapi mereka menolak dengan alasan kami masih belajar dan kewangan ditampung oleh biasiswa. Kami merasakan cukuplah dinikahkan dulu dan majlis kenduri perkahwinan boleh diadakan selepas tamat pengajian ijazah kami yang tinggal dua tahun lagi.

    Kami sungguh kecewa dan hampa. Kami cuma disuruh bersabar. Dapatkah kami bertahan menghindari kemaksiatan walau sekecil mana pun, dapatkah kami elakkan? Ironinya ibu bapa tidak pernah menghalang jika kami ingin berjumpa. Mereka tidak pernah pun ambil tahu mengenai kami.

    Selama empat tahun kami harungi ikatan perhubungan ini tanpa sebarang ikatan yang sah. Kami ingin ibu bapa kami faham bahawa tahap kematangan seksualiti anak zaman sekarang semakin cepat. Bukan kami saja yang mengalaminya, malah ramai lagi anak remaja lain.

    Fahamilah, alasan ‘masih belajar’ untuk melewatkan perkahwinan adalah antara faktor meningkatnya perlakuan seks luar nikah di kalangan pelajar IPT. Kami tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang melakukan perbuatan keji itu. Kami ingin tempuhi hidup ini dengan ketenangan dan mendapat keredaan Allah.

    Kami pernah cuba untuk bernikah di sempadan Thailand, tetapi kerana pergolakan yang sedang berlaku di sana, kami terpaksa membatalkan niat itu. Sungguh pelik orang dewasa, mengapa apabila sudah mengandung atau terlanjur baru tergesa-gesa mencari tok kadi untuk dikahwinkan?

    Gadis IPT,
    Kuala Lumpur.

    —————————————–

    Mari kita lihat masalah ini dari sudut pandangan kaca mata ibu bapa dulu. Mengapa mereka menentang perkahwinan anda?

    Saya cuba melihat persoalan ini dari kaca mata saya sendiri sebagai seorang ayah. Di antara kebimbangan saya ialah kemampuan bakal suami untuk menyara sebuah keluarga. Ini ada asasnya dalam Islam.

    Rasulullah SAW menggalakkan orang muda berkeluarga. Tetapi, bagi yang tidak mampu, hendaklah berpuasa (berpuasa fizikal dan menjauhkan diri daripada merangsang keinginan untuk berkelamin).

    Adakah pasangan anda yang saya kira masih belajar ada kemampuan ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai suami?

    Saya tidak bersikap judgemental di sini. Satu satu sebab ibu bapa hari ini tidak mengizinkan anak yang masih remaja berumah tangga kerana sebilangan besar ibu bapa ini kurang jelas mengenai hubungan lelaki-wanita kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran beragama.

    Buktinya kenapa mereka masih mengizinkan anak mereka menjalin hubungan dan berpasangan, sedangkan perbuatan itu ditegah Islam.

    Jika mereka faham naluri anak untuk berpasangan, pastinya mereka usahakan supaya anak diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah.

    Di sini akan tertutuplah pintu perzinaan yang amat dikutuk oleh agama. Jika mereka merasakan anak belum mampu, pastilah mereka mendidik dan menasihati mereka dengan adab dan etika pergaulan dalam Islam iaitu elakkan daripada pergaulan bebas dan berdua-duaan lelaki perempuan.

    Kini mari kita lihat daripada perspektif anda pula.

    l Ukurlah kemampuan diri. Adakah anda dan bakal suami mempunyai persediaan yang mencukupi untuk memasuki gerbang perkahwinan.

    Benar, pendidikan hari ini menyebabkan perkahwinan tertangguh. Tetapi, satu soalan yang anda perlu tanya adalah apakah anda dan bakal suami mempunyai kemampuan ekonomi untuk berkahwin.

    Anda mungkin berasakan sudah bersedia dari sudut emosi, tetapi hakikatnya perkahwinan adalah institusi yang dibina di atas kemampuan biologi, emosional (kematangan) dan ekonomi (kewangan).

    l Jika persediaan ekonomi menjadi halangan, anda hendaklah bersikap rasional dan berusaha untuk bersabar untuk sementara dengan melakukan perkara berikut:

    l Jauhilah pergaulan bebas – bataskan hubungan anda dengan ‘tunang’ atau ‘kekasih’ anda. Ikutilah anjuran agama supaya sentiasa menjauhi perhubungan intim yang boleh menimbulkan keinginan untuk sentiasa berdampingan.

    l Ini tidak bermakna anda harus memutuskan hubungan sama sekali. Tunang masih boleh menziarahi anda, tetapi di rumah dengan kehadiran muhrim (ibu bapa atau keluarga yang bertanggungjawab) dan jagalah pergaulan secara terhormat.

    l Bersabarlah sehingga anda menamatkan pengajian dan ada kemampuan ekonomi untuk melayari sebuah rumah tangga.

    Jika anda hendak juga bernikah, calon suami perlu bersedia untuk melakukan apa saja untuk menyediakan makan, minum, pakaian dan sakit pening keluarga (kalau dikurniakan anak).

    Ini mengambil kira senario hari ini apabila graduan sukar mendapat pekerjaan.

    Calon suami mesti memikirkan aspek kewangan dari sekarang jika anda berdua ingin berumah tangga.

    Nasihat saya lagi, jauhilah pergaulan bebas dengan calon suami anda dan teruskan berdoa semoga Allah memberi jalan keluar yang terbaik, melembutkan hati keluarga dan memberi serta kemampuan mental dan ekonomi untuk mendirikan rumah tangga.

    Komen oleh Taman Inderaloka — Oktober 16, 2006 @ 7:25 am

  8. wah..ramainya yang komen.
    terima kasih di atas komen anda semua.
    Komen dari inderaloka yang panjang tu boleh lah saya jadikan bahan untuk menulis nanti ye.

    ps: epicyan ni nama anak saya.🙂

    Komen oleh Epicyan — Oktober 16, 2006 @ 7:48 am

  9. target audience sapa yek Che Det?
    Che Det nak jd agent ke? Moga2 niat murni dpt membantu menambahkan pembinaan masjid yg lebih utuh…

    Cinta tu satu tanggungjawab..kalu lum sedia..x yah nak bercinta…

    Komen oleh ainunnajm — Oktober 17, 2006 @ 9:39 am

  10. Xde target. Semoga boleh diguna pakai oleh semua orang.🙂

    Komen oleh epicyan — Oktober 18, 2006 @ 12:40 am

  11. Setuju sangat ngan comment daripada Inderloka tuh..kepada gadis IPT..sabar la..jgn layan sgt rasa hati tuh..bak kata org tua,
    ikut rasa, binasa,
    ikut nafsu, lesu,
    ikut hati, mati,

    Cuba jgn sempitkan hati dan perasaan..cuba baca dan belajar dari kisah penceraian yg byk berlaku la ni…

    Perkahwinan ni satu tanggungjawab..bukan seronok je..
    Sebagai isteri..byk cabaran yg akan dihadapi..

    Kalu skrg pun x leh sabar..dah kahwin nanti tak tahulah…

    Sabar dik..sabar..kalu betul pasangan tu..seorang yg bertanggungjawab..dia sepatutnya lebih matang dlm menasihatkan pasangannya..supaya tidak tergelincir ke lembah maksiat..

    Tapi..kalu dia sendiri ‘out’..nanti kalu dah jd suami…out juga…

    Sabar itu separuh daripada iman..
    Bukan mudah jatuh cinta
    Jangan biarkan cinta menguasai segalanya..Kawal ia dengan penuh hikmah..

    Kita hanya insan..yg sering alpa..

    Komen oleh ainunnajm — Oktober 18, 2006 @ 4:25 am

  12. saya yesi nak berbincang dengan awak?bilakah awak sempat?saya sangat butuh bantuan anda?please hubungi saya di talian +6281397907514.saya nantikan awak?

    Komen oleh yesi — Disember 18, 2006 @ 4:13 am

  13. saya desperately mencari calon suami. ada sesiapa sudi mengambil saya menjadi isteri…..pernah saya cuba menjadi Siti khadijah melamar Nabi Mohamad saw, tapi hampa….

    Komen oleh sweetrin11 — Disember 22, 2006 @ 11:58 am

  14. erm…sy menghadapi masalh yg sama dngn gadis ipt…btul,ibu bapa kurang asas agama. Dia membenarkan anak2 nya bercampur gaul,ader kekasih,dan tk pernah menasihatkan anak-anak tentang batas pergaulan. Bila kami dah tahun ke-3 di university kami sedar selama nie kami salah.
    Bila kami minta kahwin ibu bapa bagi alasan kami masih belajar.
    Then kami jumpa kaunsoler bahagian kaunseling rumah tangga negeri….
    btul,3 aspect penting yg di perbincangkan.perancangan biologi bagi mencegah kehamilan,ekonomi semasa belajar dan perancangan selepas belajar dan dari aspect tanggungjawab sesama pasangan waktu belajar,kemungkinan pd masa dpn(risiko).
    Kami bt satu perancangan yg detail.Mulakan simpanan bersama,bt bisnes kereta sewa,merancang teknik pencegah kehamilan dan perancangan masa depan.
    Tp terlalu susah nk mengubah pandangan seseorang walaupon dah ramai pelajar yg berkahwin semasa belajar. Tetapi kebanyakan nya yg kawen semasa belajar, ibu bapa nya orang berada. Jd tanggungjawab saraan keluarga tidak di letakkan pd suami semata2.
    Keputusan nya kami berkahwin di selatan thai.Niat kami ikhlas mencari keredhaan Allah.Sbb die lebeh mengetahui hamba2 nya.Salam

    Komen oleh sayer — Julai 18, 2007 @ 7:29 pm

  15. nak cari cinta bkn mudah.aku sendiri dah bnyk kali cuba untuk menyintai seseorang tapi perasaan cinta to bkn ble dtg mcm sms..walau pun aku pernah bercinta tapi aku belum lagi menyintai org..slalu org je yg sungguh2 cintakan aku. aku bkn nak menyinggung prasaan org tp aku tak boleh….

    Komen oleh pheo — Ogos 1, 2007 @ 8:10 am

  16. aku x brapa nk percaya ngan cinta2 nie……aku ingat cinta tu dalam filem dan novel ja………. x pa klu satu ari nnt aku dh bercinta maybe aku paham

    Komen oleh along — September 20, 2007 @ 12:26 am

  17. cinta kan bila tak di duga ia hadir,
    cinta kan bila di kejar semakin jauh dia tinggalkan kita,
    cinta kan bila di lihat ssangat indah,
    cinta kan bila di pegang amanahnya amat sukar di tunaikan,
    cinta kan bila di luahkan terasa bahgia,
    cinta kan bila di pendamkan akan merana merosak diri,
    cinta bukan untuk di raih,
    cinta bukan untuk di kejar dan di bawa ke sana ke mari di pertontonkan kepada orang ramai,
    tapi cinta
    apabila ia hadir,bersyukur lah
    bersyukurlah,
    kerana ia akan ajar kamu semua untuk mengerti kehidupan dalm dunia ini,
    bukan seindah cerita dongeng,
    bukan seindah syair cinta,
    bukan seindah cinta yg kamu harapkan,
    cukuplah sekadar bersyukur kerana Tuhan masih memberi ruang untuk kamu mengasihi yang lain,Tuhan beri kamu menjadi seorang yang matang tentang realiti kehidupan,
    CINTA ITU HANYALAH PERASAAN,
    KEBENARAN NYA TERLETAK PADA SEJAUH MANA ENGKAU TSETIA PADANYA

    Komen oleh kinx — Jun 30, 2008 @ 8:46 am

  18. kalo pompuan macam xye je nk mulakan dulu…tapi itulah aper2 hal pun kene sabar…kawen bukan perkara yg main2..itu yg saya belajar hasil dr kesabaran saya

    Komen oleh salwaaziz — September 14, 2009 @ 2:54 am

  19. tiada kejujuran dlm diri menyebabkan dia prgi dari hdp ini………menyesal yg terbit dari hati tiada berguna lagi krna DIA telah pergi dan xkan berpaling lgi pada diri ini………………………………………………………..

    Komen oleh insan kesunyian — Mac 27, 2012 @ 12:18 am

  20. btull2

    Komen oleh syafiq ikwan — Mei 7, 2012 @ 4:28 pm

  21. Cinta?msih ade ke utk sy?sy pnh bkahwin tpi x smpai sthun..trime ksih pd si dia krna bjya mbuatkn hti sy hncur….

    Komen oleh sya — Julai 15, 2012 @ 4:37 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: