Mencari Cinta Sejati

Oktober 17, 2006

Mulakan langkah

Filed under: Kenali pasangan anda — epicyan @ 2:50 am

sesame_love_lg3.jpg

Assalamualaikum.

Sampaikan lah salam, cintaku kepadanya. Walaupon terluka, namun ku masih sayang. Kerana cinta ku, mewangi dan harum…bla bla bla…

Hari ini kita akan membincangkan langkah-langkah untuk memulakan perkenalan dengan si dia pujaan hati kita. Apakah strategi yang perlu di atur?

Sebelum menghulurkan salam perkenalan, adakah anda pernah terfikir:

  • Apakah tujuan anda berkenalan dengan si dia?
  • Di manakah kelebihan si dia?
  • Adakah anda akan mendapat faedah dari perkenalan tersebut?
  • Apakah yang menarik hati anda untuk berkenalan?
  • Latar belakang keluarga nya?
  • Dan berbagai lagi soalan yang boleh di fikirkan.

Walaupon dikatakan cinta itu buta. adakah benar cinta itu buta? Jika benar, buktikan yang ia bermata. Saya sudah minta ramai kawan-kawan saya membuktikan cinta itu bermata, tapi sampai sekarang tiada lagi jawapan yang boleh diterima. Oleh itu, persoalan di atas adalah wajar dicari jawapan sebelum memulakan langkah pertama untuk mengenali si dia. Andai kata anda sudah temui jawapan nya, maka mudahlah untuk mengatur langkah seterusnya.

Jangan lah nanti, selepas berkenalan, selepas hampir seluruh hati anda terpaut pada si dia, anda merasakan tiada keserasian pada diri anda berdua. Nah..waktu ini siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.

Gunakan kesempatan yang ada. Selidiki dulu si dia. Yang paling penting, apakah niat anda untuk berkenalan dengan si dia? Sekadar suka-suka? Orang lain couple, aku pon nak couple? Kalau itu jawapan nya, hentikan lah. Lebih baik tumpukan pada pelajaran ataupon kerjaya anda.

Inginku gapai bintang di langit tinggi. Tapi apakan daya, tangan tak sampai.

10 Komen »

  1. just wondering,

    “Adakah anda akan mendapat faedah dari perkenalan tersebut?”

    perlu ke kita pikir ‘faedah’ bila nak kenal ngan seseorang?

    Komen oleh n-a.na.d — Oktober 17, 2006 @ 3:22 am

  2. org pnah dgr sape ntah ckp…

    “biase nye sesorang tu kite minat sbb ciri2 dia kene kat taste kite…”

    Komen oleh yann — Oktober 17, 2006 @ 5:43 am

  3. uhuk2…

    Komen oleh abuzed06 — Oktober 18, 2006 @ 3:10 am

  4. taste camne?

    mcm rasa masakan gak ke?
    masam,manis,pahit etc
    camtu ke?

    Komen oleh rabbit — Oktober 18, 2006 @ 3:39 am

  5. camner nk blaja mencintai seseorg tuh???!!!

    Komen oleh minah sepi — Januari 21, 2009 @ 2:11 am

  6. walau pun hati terluka aku tetap masih sayang pada mu

    Komen oleh mohd rizal abdul rashid — Disember 7, 2009 @ 8:21 am

  7. cinta ni hanya menyakitkan hati.aku masih memcari temam wanita yg jujur dn iklas terima aku seadanye aku.aku x boleh memjanjikan kesenangan tapi aku janji aku membari kebahagian yg hakiki.

    Komen oleh mohd rizal abdul rashid — Disember 7, 2009 @ 8:31 am

  8. aku masih belajer memcari cinta yg tulus dn suci dari seorang wanita

    Komen oleh mohd rizal abdul rashid — Disember 7, 2009 @ 8:34 am

  9. dari suduk hati ku ni memcari wanita yg soleh agar dpt membimbing aku ke jlm kebenaran dn aku juga dapat membimbing dia

    Komen oleh mohd rizal abdul rashid — Disember 7, 2009 @ 8:49 am

  10. Mencari cinta???
    Anda mencintai siapa: Sang Pencipta/Teman Hidup/Ayah/Ibu /Kakak/Anak dan……..
    Tiada resipi khusus untuk mencari cinta wahai para pembaca sekalian!

    Cuma sy nak kongsi, siapa dan apa yang akan disandarkan cinta anda nanti!!
    Dgn itu cinta adalah satu perjudian dan keyakinan dgn memberi cinta dahulu kemudian nya cinta yang diharapkan akan menyusul dengan otomatik , percayalah!

    Apa yg berlaku ramai yg mengharapkan cinta semata2 kan!!!!
    Fikirkan dan buatlah tindakan.

    Komen oleh Norain — Oktober 26, 2014 @ 3:10 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: